Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: BBP Selangau

Pemandu terselamat, kereta terbakar selepas kemalangan

SIBU, 5 Julai : Seorang lelaki berjaya menyelamatkan diri selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan kendiri sebelum terbakar berhampiran Rumah Inggai, Sungai Anus, Jalan Sibu-Bintulu malam tadi.

Ketua Jabatan Nomba dan Penyelamat Zon 4 Sarawak, Penguasa Kanan I, Janggan Muling berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran pada jam 9.32 malam.

Katanya sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya kira-kira 11 Kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi pada jam 9.44 malam pihak bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton preve yang telah terbakar 100 peratus dipercayai selepas terbabit dalam kemalangan kendiri,” jelasnya.

Janggan berkata pemandu kereta terbabit yang berusia 41 tahun telah sempat keluar dari keretanya sebelum kenderaan itu terbakar.

Katanya, pasukan bomba kemudian bertindak memadam kebakaran tersebut menggunakan satu aliran salur bantu mula dari pam jentera sehingga kebakaran padam sepenuhnya.

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada jam 10.36 malam.

Difahamkan, pemandu yang berasal dari Rumah Angie, Sungai Buloh, Sibu itu sedang dalam perjalanan dari Selangau menuju ke Balingian sebelum berlakunya insiden itu.

Seramai enam angota bomba dari BBP Selangau diketuai oleh Pegawai Bmba Kanan (PBK) II Thomson Sumping terlibat dalam operasi tersebut dengan dibantu oleh tiga anggota polis yang membantu mengawal lokasi kejadian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan