Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setelah bertarung nyawa akibat sakit tua, anjing K9 JSJ IPK Pahang bernama Bad telah menghembuskan nafas terakhir pada Khamis, jam 3 petang.

Kematian Bad, Anjing K9 IPK Pahang, tinggalkan jasa besar untuk negara

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 5 Julai : Setelah bertarung nyawa akibat sakit tua, anjing K9 JSJ IPK Pahang bernama Bad telah menghembuskan nafas terakhir pada Khamis, jam 3 petang.

Bad yang berumur 13 tahun 8 bulan iaitu bersamaan umur manusia 91 tahun, telah menabur khidmat bakti selama 10 tahun di K9 JSJ IPK Pahang.

Anjing jantan spesis Labrado berasal daripada Jerman ini merupakan anjing yang pakar dalam pengesanan pelbagai jenis dadah di bawah jagaan Koperal Willen anak Slamping @ Sirampin.

Penghormatan terakhir anggota IPK Pahang,
Penghormatan terakhir anggota IPK Pahang,

Sepanjang perkhidmatannya, Bad telah berjaya menghasilkan dua kejayaan terbesar iaitu dalam menumpaskan sindiket dadah pada 2012 dan 2014.

Sebagai penghormatan terakhir kepada, Bad telah disemadikan bersebelahan rakan seperjuangannya Tho yang telah meninggal dunia pada 19 September 2020.

ASP Chia Che Chau, Pegawai Turus D6, JSJ IPK Pahang mewakili Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang dan Insp. Nur Aishah binti A. Zulkefli, Pegawai D6 JSJ IPK Pahang bersama anggota K9, D6 JSJ IPK Pahang turut sama memberikan penghormatan terakhir kepada Bad.

Pada masa yang sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, YDH SAC Mohd Yusri Othman mengumumkan bahawa pihak JSJ IPK Pahang akan merealisasikan “K9 Memorial Park” dengan menaik taraf kawasan tersebut yang kini telah menjadi tempat persemadian dua ekor anjing K9 yang banyak berbakti untuk negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan