Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Itali isytihar darurat di wilayah utara yang dilanda kemarau

ByBernama

ROM, 5 Julai: Itali pada Isnin mengisytiharkan darurat di lima wilayah utara yang terjejas teruk akibat dilanda kemarau, lapor Agensi Berita Anadolu. 

Mesyuarat kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Mario Draghi, bersetuju mengeluarkan dekri darurat untuk wilayah Emilia-Romagna, Friuli-Venezia Giulia, Lombardy, Piedmont dan Veneto, berikutan kemarau yang melanda Sungai Po dan lembangan Alpine timur. 

Kerajaan turut memperuntukkan â‚¬36.5 juta (US$38 juta) bagi menangani krisis itu. Peruntukan terbesar daripada dana itu (€10.9 juta atau US$11.3 juta) akan disalurkan kepada wilayah Emilia-Romagna.

Itali dilanda kemarau terburuk dalam tempoh 70 tahun. Paras air di negeri-negeri di wilayah utara menyusut hingga separuh sejak awal tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Beberapa majlis perbandaran di utara terpaksa mengambil langkah-langkah pencatuan air minuman dan pengairan pertanian berikutan suhu melampau dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Pakar turut memberi amaran bahawa krisis kemarau di seluruh negara mengancam 30 peratus pengeluaran pertaniannya dan setakat ini menyebabkan kerugian bernilai hampir €3 bilion (US$3.12 bilion) dalam sektor pertanian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan