Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan bahawa tidak ada kes penculikan dan penjualan organ kanak-kanak dalam negara bagi tujuan pemindahan organ di negara jiran yang diterima pihaknya.

Tiada kes culik, jual organ kanak-kanak – Bukit Aman

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Julai : Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan bahawa tidak ada kes penculikan dan penjualan organ kanak-kanak dalam negara bagi tujuan pemindahan organ di negara jiran yang diterima pihaknya.

Pengesahan itu dibuat oleh Ibu pejabat Polis Bukit Aman dalam satu kenyataan yang dikeluarkan susulan penyebaran mesej palsu yang meminta masyarakat agar berwaspada terhadap kejadian berkenaan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP A.Skandaguru berkata mesej itu juga mendakwa sekumpulan kanak-kanak turut diberi bahan terlarang, sehingga tidak mampu bercakap dan dibawa menaiki lori ayam bagi tujuan pemindahan organ di negara jiran.

Beliau berkata PDRM tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan penculikan serta penjualan organ kanak-kanak seperti yang didakwa, dan semakan mendapati mesej palsu itu telah tular sejak tahun 2017, yang kini diulang siar di beberapa platform media sosial.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah percaya dengan berita-berita tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Skandaguru berkata mana-mana individu yang dikesan menyebarkan berita-berita palsu, boleh disiasat dan didakwa mengikut seksyen 233 Akta Komunikasi dan dan Multimedia 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan