Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PRU15 : Abdul Karim sasar GPS menang 28 kerusi

ByOdleen Catherny

KUCHING, 4 Julai: Gabungan Parti Sarawak (GPS) disasar mampu menang sekurang-kurangnya 28 kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15  akan datang.

Menyatakan keyakinan itu, Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia termasuk kerusi Parlimen Puncak Borneo, Selangau dan Lubuk Antu.

“ Bagi kerusi Puncak Borneo dan Lubok Antu , kita (GPS) patut boleh (menang). Saya akan berasa sangat kecewa jika kita tewas di kerusi majoriti Bumiputera,” katanya.

Tegas beliau, ia tidak mustahil kerana parti kerajaan Sarawak itu sudah melakukan yang terbaik sepanjang perkhidmatannya.

“Kita (GPS) dapat rasakan perasaan yang bagus dan saya berharap rakyat Sarawak akan terus mengikutinya, dari pilihan raya negeri hingga pilihan raya umum, kerana kita perlu dilihat sangat bersatu.

Realitinya, saya akan kecewa jika kita mendapat kurang daripada 28 (kerusi), sasaran saya ialah 28 kerusi,” katanya pada sidang media  D’Drift 2022 Flag off, di sini hari ini.

D’ Drift merupakan acara tahunan Dayakdaily yang mengumpul para wartawan menjelajah beberapa kawasan di Sarawak untuk tujuan penerbitan artikel penulisan ketika menjelajah.

Program yang berlangsung selama 10 hari itu bakal mengunjungi tempat-tempat menarik di Sarawak antaranya Batu Nabau, Tua Pek Khong/Bukit Aup, Similajau National Park, Air Terjun Buvung, Batang Ai National Park dan banyak lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan