Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Axelsen dalam kelas tersendiri, rangkul gelaran sulung terbuka Malaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Pemain Denmark Viktor Axelsen nyata berada pada kelas tersendiri apabila berjaya merangkul gelaran sulung Terbuka Malaysia 2022 selepas dengan mudah menewaskan pemain Jepun, Kento Momota, pada final perseorangan lelaki, di sini, hari ini.

Axelsen membuktikan statusnya sebagai pemain nombor satu dunia dan juara Olimpik Tokyo 2020 dengan menumpaskan Momota dalam straight set 21-4, 21-7 untuk melakarkan gelaran hatrik dalam tempoh sebulan selepas Terbuka dan Masters Indonesia.

Kejayaan pemain berusia 28 tahun itu turut menamatkan dominasi kejuaraan pemain Asia selama 15 tahun selepas rakan senegara ,Peter Gade muncul juara pada 2007.

Pada aksi final dengan kebanjiran 10,000 penonton di Axiata Arena Bukit Jalil, Momota jelas tiada tandingan kepada aksi cemerlang oleh Axelsen yang masih belum memutuskan penyertaan pada saingan Masters Malaysia di venue sama, bermula Selasa ini.

Kejayaan gelaran sulung itu membolehkan Axelsen membawa pulang hadiah wang tunai US$47,250 (kira-kira RM208,000) manakala Momota menerima US$22,950 (kira-kira RM101,000). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan