Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pakatan Harapan (PH) masih belum membuat sebarang ketetapan mengenai parti mana yang akan bertanding di kawasan-kawasan pilihan raya yang pernah ditandingi oleh parti Bersatu, pada Pilihan Raya ke-15 (PRU15) nanti.

PRU15: PH belum muktamadkan agihan kerusi

ByBernama

IPOH, 3 Julai : Pakatan Harapan (PH) masih belum membuat sebarang ketetapan mengenai parti mana yang akan bertanding di kawasan-kawasan pilihan raya yang pernah ditandingi oleh parti Bersatu, pada Pilihan Raya ke-15 (PRU15) nanti.

Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar berkata parti Amanah, PKR dan DAP akan mengadakan perbincangan mengenai pengagihan kerusi bagi kawasan-kawasan berkenaan, dan keputusan akan diumumkan setelah kesepakatan dicapai.

“Kerusi Bersatu itu akan dibincang untuk pengagihan dalam PH, dan ia masih belum dimuktamadkan lagi,” katanya pada sidang media Konvensyen Parti Amanah Negara Negeri Perak di sini hari ini.

Pada PRU14 lepas Bersatu yang menganggotai PH bertanding bagi merebut 52 kerusi parlimen dan berjaya memenangi 13 daripadanya, namun ia kemudiannya meninggalkan PH dan membentuk Perikatan Nasional (PN). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan