Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, usaha ini bertujuan bagi memastikan semua program ke arah memperkasakan usahawan kecil dan sederhana diselaras lebih efesien bagi mengelak pertindihan bantuan kepada hanya satu kumpulan tertentu sahaja.

Jawatankuasa penyelaras elak pertindihan bantuan untuk PKS – Awang Tengah

LAWAS, 2 Julai: Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Usahawan Sarawak (Sarawak Entrepreneur Development Coordinating Committee) ditubuhkan untuk memastikan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana mendapat manfaat menyeluruh.

Menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, usaha ini bertujuan bagi memastikan semua program ke arah memperkasakan usahawan kecil dan sederhana diselaras lebih efesien bagi mengelak pertindihan bantuan kepada hanya satu kumpulan tertentu sahaja.

Jawatankuasa ini melibatkan agensi di bawah kerajaan persekutuan dan agensi-agensi dibawah kerajaan negeri.

Pelbagai program yang dibuat untuk meningkatkan kemahiran, memberikan bantuan kewangan untuk pemasaran dan penyelidikan serta banyak lagi bantuan kepada usahawan kecil dan sederhana didapati kurang dari segi penyelarasan dan banyak pertindihan.

Awang Tengah memberitahu demikian sewaktu merasmikan Minggu PMKS peringkat negeri Sarawak di Taman Awam Lawas hari ini.

“Kadang-kadang sesetengah kumpulan itu dia saja yang dapat daripada program ini dibawah jabatan ini dan jabatan itu.

“Ini tidak adil kerana satu pihak lagi hanya mampu melihat sahaja.

“Jadi dengan adanya jawatankuasa ini kita akan selaraskan segalanya agar semua pihak mendapat manfaat,” tambahnya.

Seterusnya Awang Tengah mengingatkan agar tidak semua program ditumpukan kepada kawasan bandar-bandar besar sahaja.

Sebaliknya beliau mahu jabatan, kementerian dan agensi berkenaan turut membuat program serupa dibandar-bandar kecil dan kawasan luar bandar sesuai dengan keperluan mereka.

Usaha ini kata nya akan merapatkan jurang antara pengusaha kecil dan sederhana terutama dalam mengembangkan skill perniagaan dan dalam mendapatkan maklumat yang tepat untuk memajukan perusahaan mereka.

Keadaan geografi Sarawak yang luas, kepelbagaian budaya dan kelebihan disetiap tempat yang berbeza perlu diambil kira dalam merangka dan melaksanakan program dan bantuan untuk semua pengusaha.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga merupakan ahli parlimen Lawas, Dato’ Henry Sum Agong, Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman) Dato Murshid Diraja Dr. Haji Juanda Bin Haji Jaya, Konsul Jenderal Republik Indonesia di Sarawak Bapak Raden Sigit Witjaksono, Penasihat di MINTRED Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais, Pemangku Setiausaha Tetap, MINTRED Dzulkornain Bin Masron, Residen Bahagian Limbang Haji Sebi Bin Haji Abang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp Malaysia Rithaudden Makip dan Ahli Perbadanan SME Corp Malaysia, Bell Bernard Aggan. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan