SAMARAHAN, 2 Julai : Seorang ibu tidak dapat menahan sebak ketika nama anak perempuannya yang meninggal dunia akibat COVID-19 dipanggil menerima ijazahnya pada Majlis Konvokesyen Komemoratif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada Khamis lepas.
Menerusi perkongsian di Facebook, wanita itu kelihatan tabah saat melangkah ke pentas untuk menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer bagi pihak Allahyarham Noornadiah Nazirah.
Difahamkan Noornadiah Nazirah bertarung nyawa selama 11 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.42 pagi , 9 April 2020 di Hospital Umum Sarawak.
Sementara itu, keluarga kepada arwah turut meluahkan rasa sayu di atas pemergian mangsa akibat wabak berkenaan.
Arwah juga disifatkan sebagai seorang yang baik, lemah-lembut dan suka membantu orang dalam kesusahan.
Menerusi Facebook milik adiknya, Nornajwa Nabilah turut mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan serta ahli keluarga kerana menjaga dan merawat kakaknya.
Perkongsian sepupunya pula mendedahkan, Nornadiah Nazirah merupakan seorang anak yang sangat kepada keluarganya serta tidak pernah meninggal solat. -TVS