Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
CCabaran pasukan tuan rumah di saingan Terbuka Malaysia berakhir pada malam ini, selepas beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di pusingan separuh akhir. --foto Bernama

Aaron – Wooi Yik terkandas, cabaran Malaysia berakhir

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Julai : Cabaran pasukan tuan rumah di saingan Terbuka Malaysia berakhir pada malam ini, selepas beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di pusingan separuh akhir.

Hasrat beregu di kedudukan keenam dunia untuk mencipta kejutan menentang Juara Dunia 2021, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi tidak kesampaian apabila tewas 23-21, 9-21 di Arena Axiata di sini hari ini.

Walaupun memberikan tentang sengit dan mendahului 18-14 pada set pertama, namun mereka gagal mengambil peluang itu untuk mencipta kemenangan, manakala set kedua menyaksikan beregu Jepun  menguasai perlawanan dari awal lagi.

Kekalahan kepada beregu kedua negara itu, turut menyaksikan Aaron-Wooi Yik, yang juga pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020 masih kempunan untuk meraih gelaran Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sulung mereka.

Satu-satunya gelaran beregu lelaki (tidak termasuk acara berpasukan) yang pernah dimenangi oleh Aaron-Wooi Yik setakat ini adalah pingat emas Sukan SEA 2019 di Filipina, manakala mereka juga pernah terkandas di final enam Jelajah Dunia, termasuk All England 2019 dan Terbuka Thailand 2020.

“Kita memang sedang mendahului ketika mata penting pada set pertama, tetapi masalah yang sama sentiasa berulang. Kita kena kenal pasti kenapa ia terjadi dan menyelesaikan masalah itu,” kata Aaron kepada pemberita.

Mereka mara ke pusingan separuh akhir selepas menyingkirkan beregu veteran Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-13, 20-22, 21-19 semalam.

Terdahulu, satu lagi beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tewas 14-21, 12-21 kepada beregu ranking ketujuh dunia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia.

Kali terakhir wakil Malaysia merangkul gelaran beregu lelaki di kejohanan tersebut adalah pada edisi 2014, apabila Goh V Shem-Lim Khim Wah muncul juara.

Sebagai ganjaran mara ke separuh akhir, setiap beregu akan menerima wang hadiah kemenangan sebanyak US$9,450 (lebih kurang RM41,600). –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan