Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.01 pagi tadi.

49 orang hilang tempat berteduh, lapan rumah musnah kebakaran di Kampung Sebiew

ByElani Rosllan

BINTULU, 2 Julai : Lapan buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Sebiew, di sini awal pagi tadi.

Ketua Zon 5, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.01 pagi tadi.

“Laporan awal memaklumkan terdapat dua buah rumah terbakar namun apabila pasukan sampai di lokasi, api sudah merebak ke enam rumah yang lain,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong berjaya mengawal kebakaran pukul 4.33 pagi.

Katanya, lapan buah rumah yang terlibat dalam kebakaran itu mengalami kemusnahan 100 peratus.

“Kejadian ini telah mengakibatkan seramai 49 orang termasuk 20 kanak-kanak hilang tempat tinggal,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 8.16 pagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan