BEKENU, 1 Julai : Tujuh orang tinggal sehelai sepinggang selepas dua buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pejuang Kelulit, Sibuti, Bekenu di sini, awal pagi tadi.
Kebakaran pada pukul 4.30 pagi itu dipercayai bermula di rumah yang dihuni oleh enam orang sebelum merebak ke rumah sebelah yang tidak berpenghuni.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Pegawai Bomba Tinggi II, Rary Binjie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 4.53 pagi.
Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama sebuah jentera FRT dan FRV bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira – kira 23 kilometer (km) dari balai.
“Sebaik tiba, pasukan mendapati kedua – dua rumah sudah terbakar hampir 100 peratus,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, enam penghuni di rumah pertama berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Api berjaya dikawal dalam tempoh 11 minit dan operasi tamat pada pukul 6. 40 pagi,”katanya. -TVS