Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Kesihatan Awam Kanada Theresa Tam pada Khamis mengesahkan sebanyak 278 kes jangkitan cacar monyet dilaporkan di negara itu setakat 29 Jun. Foto: Reuters.

Kanada rekod 278 kes cacar monyet

ByBernama

OTTAWA, 1 Julai : Ketua Pegawai Kesihatan Awam Kanada Theresa Tam pada Khamis mengesahkan sebanyak 278 kes jangkitan cacar monyet dilaporkan di negara itu setakat 29 Jun.

Kes jangkitan telah dilaporkan secara meluas, termasuk empat kes di British Columbia, lima di Alberta, Ontario (67) dan Quebec (202), lapor Xinhua.

Tam berkata semua orang berisiko terdedah kepada jangkitan cacar monyet dan tidak eksklusif kepada mana-mana kumpulan.

“Sesiapa sahaja boleh dijangkiti dan menyebarkan virus itu jika mereka berhubung rapat dengan seseorang yang menghidap cacar monyet atau menyentuh objek atau barangan peribadi, termasuk tuala atau cadar,” katanya.

Menurut data epidemiologi terkini, majoriti kes membabitkan golongan lelaki berumur antara 20 hingga 69 tahun.

Cacar monyet ialah zoonosis silvatik yang boleh menyebabkan jangkitan kepada manusia dan biasanya terjadi di kawasan hutan di Afrika Tengah dan Afrika Barat.

Virus cacar monyet tergolong dalam keluarga orthopoxvirus, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan