Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua pekerja kilang maut selepas motosikal mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tatau - Bintulu, petang semalam.

Dua lelaki maut, motosikal dirempuh pacuan empat roda di Jalan Tatau-Bintulu

TATAU, 1 Julai : Dua pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabas ke lorong bertentangan sebelum dilanggar oleh sebuah pacuan empat roda di Kilometer 1, Jalan Tatau-Bintulu di sini, petang semalam.

Mangsa, Wedisly Duhanis,31,bersama pemboncen, Leorardo Yusop, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala dalam kemalangan pukul 5.45 petang itu.

Ketua Polis Daerah Tatau, Deputi Superintendan Jame Reis berkata, nahas berlaku semasa dua rakan sekerja itu sedang menunggang motosikal jenis Honda Wave menuju ke Pasar Tatau.

“Hasil siasatan awal mendapati motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan selepas gagal memotong sebuah kenderaan di hadapan.

“Mereka terseret ke lorong bertentangan lalu dilanggar sebuah Toyota Hilux,”katanya kepada TVS hari ini.

Jame berkata, pemandu pacuan empat roda berusia 68 tahun terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat kedua-dua mangsa yang berasal dari Sabah dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk bedah siasat,”katanya.

Beliau memberitahu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan