Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki disyaki dalang utama sindiket membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara menggunakan modus operandi 'Counter  Setting' direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 28 September.

YDP pertubuhan kebajikan direman lima hari bantu siasatan SPRM

KUALA TERENGGANU, 30 Jun : Dua lelaki termasuk seorang Yang Dipertua (YDP) sebuah pertubuhan kebajikan di Terengganu direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan penyalahgunaan kuasa pelantikan pengarah urusan sebuah syarikat usaha sama, empat tahun lepas.

Perintah reman sehingga Isnin (4 Julai) di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah itu dikeluarkan oleh Majistret Noor Mazrinie Mahmood di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini terhadap kedua-dua suspek berusia 80-an dan 50-an itu.

Ia bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dijalankan.

Menurut sumber SPRM pada sekitar 2018, YDP pertubuhan kebajikan yang berusia 80-an tersebut disyaki telah menggunakan jawatannya untuk melantik sekutunya sebagai pengarah urusan sebuah syarikat usaha sama dengan beliau mempunyai kepentingan ke atas syarikat itu.

Kedua-dua suspek ditahan semalam di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu di sini. –TVS

Tags: reman, SPRM, Ydp

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan