Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
OPEC

OPEC : Iraq miliki rizab minyak keempat terbesar di dunia

ByNina Azman

KUCHING, 30 Jun : Iraq memiliki simpanan rizab minyak keempat terbesar di dunia iaitu sebanyak 145 019 bilion tong menurut Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Agensi berita Iraq Nasional (NINA) yang memetik laporan tahunan pertubuhan itu melaporkan rizab keseluruhan simpanan minyak mentah dunia ialah sebanyak 1,545,071 trilion tong pada akhir tahun lepas.

Berdasarkan jumlah berkenaan, ahli OPEC menguasai sebanyak 1,241,819 trilion tong.

Laporan itu turut menunjukkan negara-negara Timur Tengah mempunyai jumlah rizab terbesar di dunia dengan jumlah keseluruhan 869.612 bilion tong.

Amerika Latin di tempat kedua dengan 329.481 bilion tong dan Afrika di tempat ketiga dengan 120.210 bilion tong.

Venezuela dilaporkan sebagai negara yang mempunyai rizab minyak terbesar di dunia dengan 303.468 bilion tong diikuti oleh Arab Saudi dengan 267.192 bilion tong dan Iran dengan 208.600 bilion tong.

Sementara itu laporan terbaharu OPEC pada bulan ini menyebut, permintaan minyak dunia untuk tahun ini secara amnya tidak berubah apabila kekal pada 3.4 juta tong sehari walaupun dibayangi beberapa isu global.

Antaranya sekatan pergerakan di beberapa wilayah di China telah menyebabkan permintaan yang rendah daripada jangkaan.

OPEC bagaimanapun menjangkakan permintaan yang lebih tinggi menjelang cuti musim panas nanti. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan