Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Arab Saudi mengumumkan Hari Arafah, kemuncak ibadah Haji umat Islam, jatuh pada hari Jumaat 8 Julai ini dan Hari Raya Aidiladha di Arab Saudi akan disambut keesokannya pada Sabtu 9 Julai. Foto: Envato.

Arab Saudi umum Hari Arafah jatuh pada Jumaat 8 Julai, Aidiladha Sabtu 9 Julai

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Jun : Kerajaan Arab Saudi mengumumkan Hari Arafah, kemuncak ibadah Haji umat Islam, jatuh pada hari Jumaat 8 Julai ini dan Hari Raya Aidiladha di Arab Saudi akan disambut keesokannya pada Sabtu 9 Julai.

Agensi Berita Saudi (SPA) yang memetik kenyataan Mahkamah Agung negara itu melaporkan pengumuman itu dibuat selepas anak bulan Zulhijjah dilihat di balai cerap Tamir, Arab Saudi pada petang Rabu.

Hari Arafah atau Hari Wukuf merupakan kemuncak ibadah haji dan pada tahun ini dianggarkan sejuta jemaah haji dari seluruh dunia akan berhimpun di kawasan bukit berbatu yang dikenali sebagai Bukit Arafah dan kawasan lapang sekitarnya, bermula terbit fajar 9 Zulhijjah sehingga terbit fajar hari berikutnya.

Tahun ini menyaksikan seramai 14,306 jemaah haji Malaysia berhimpun untuk berdoa dan memohon keampunan Allah SWT di Bukit Arafah, kira-kira 22 kilometer dari Mekah. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan