Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-259 di Istana Negara. Foto: Bernama.

Agong berangkat hadir hari kedua mesyuarat Raja-Raja kali ke-259

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Jun : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-259 di Istana Negara. 

Mesyuarat itu yang bermula semalam dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Turut berangkat ke mesyuarat itu ialah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. 

Selain itu, turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim.

Mesyuarat berkenaan juga dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut hadir. 

Pada mesyuarat itu, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri kecuali Sarawak diiringi Timbalan Premier. 

Mesyuarat kali ini berlangsung selepas yang terakhir diadakan pada 9 dan 10 Mac lepas yang dipengerusikan Sultan Mizan Zainal Abidin. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan