KUALA LUMPUR, 29 Jun : Pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia melepasi halangan pusingan pertama Terbuka Malaysia seperti dijangkakan dengan menewaskan Nhat Nguyen dariĀ Ireland, di Arena Axiata, Bukit Jalil di sini hari ini.
Walaupun bertarung dari mata ke mata dalam permulaan set pertama, Zii Jia, pemain nombor lima dunia itu tidak menghadapi banyak masalah daripada pemain nombor 40 dunia untuk menang dengan keputusan 21-15, 21-11 dalam masa 47 minit.
Mengulas mengenai kemenangannya hari ini, Zii Jia berkata beliau mampu menghadapi tekanan dengan lebih baik kali ini, berbanding kemunculannya pada edisi 2019 sebelum kejohanan itu terhenti selama dua tahun berikutan pandemik COVID-19.
āSaya lebih tenang dan matang untuk tangani sebarang tekanan terutamanya dengan kehadiran penyokong di sini. Sokongan padu penyokong sudah pasti sangat bagus untuk pemain.
Namun, saya rasa keadaan angin agak lain pada kali ini berbanding pengalamanĀ beraksi di siniĀ tiga tahun lalu. Saya belum 100 peratus biasa dengan keadaan angin laju iniā¦mungkin ada sedikit yang kena perbaiki menjelang aksi seterusnya,ā katanya kepada pemberita.
Dalam pusingan kedua esok, bekas Juara All England berusia 24 tahun itu dijangka berhadapan perlawanan mudah denganĀ Ā Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia yang menang tanpa bertanding dengan lawannya Rasmus GemkeĀ Ā dari Denmark.
Sementara itu, seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong yang dimasukkan daripada senarai pemain simpanan untuk beraksi di Kejohanan Super 750 Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hampir mencipta kejutan ketika menentang pemain ranking ke-27 dunia, Ā Lu Guang Zu dariĀ China.
Pemain nombor 48 dunia itu berhempas pulas selama satu jam 30 minit selain mengalami kekejangan kaki sebelum tumpas dengan Juara Piala Sudirman 2021 itu, 16-21, 23-21, 18-21.
Pemain dari Johor berusia 22 tahun itu berkata beliau mampu memenangi perlawanan itu jika melajukan tempo permainanĀ ketika terikat pada kedudukan mata 18-18.
āHari ini memang saya nak berhabis-habisan lawan dia sampai menang. Latihan sejak beberapa minggu ini pun sangat bagus, jadi saya ada keyakinan untuk memberi saingan kepadanya, manakala kecederaan itu bukan alasan untuk kalah.
Saya rasa selepas ini saya kena fokus lagi dalam latihan dan perbaiki kelemahan, supaya boleh memastikan kemenangan berpihak kepada saya jika ada lagi peluang macam ini,ā katanya.
Tumpuan seterusnya Tze Yong ialah persiapan untuk Masters Malaysia dijadual pada minggu hadapan diikuti dengan Sukan Komanwel di Birmingham dari 28 Julai hingga 8 Ogos. -TVS