Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak,Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Pelancongan,Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah hadir pada Anugerah ICH malam tadi. Foto UKAS.

Motif songket boleh diinventori sebagai warisan budaya tidak ketara

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 29 Jun : Motif songket boleh diinventori sebagai warisan budaya tidak ketara di Malaysia sekaligus menjadi usaha untuk memastikan bentuk asalnya kekal dan dapat dikenal pasti.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, motif songket seperti pucuk rebung akan sentiasa diingati walaupun digabungkan ke dalam reka bentuk digital mahupun corak tekstil.

“Kita akan dapat menjaga sejarah dan nilai budaya (songket), supaya asal usulnya tidak hilang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Kemanusiaan dan Komuniti Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Abdul Karim berkata, songket dilihat sebagai merentasi wilayah yang berbeza namun dapat membantu mewujudkan dialog antara budaya yang kemudian akan memupuk sikap saling hormat-menghormati.

Berhubung Anugerah ICH pula, Abdul Karim berkata, ia sebagai pengiktirafan kepada mereka yang sentiasa terus mempraktikkan dan memperjuangkan seni songket tempatan.

“Justeru, perkara ini diharap dapat menggalakkan minat generasi akan datang untuk belajar tentang pembuatan songket, menghargai nilai budayanya dan mengekalkan kewujudannya di dunia,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan