Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Meteorologi Jepun memberi amaran bahawa "musim hujan berakhir lebih cepat daripada biasa tahun ini" dan ramai dijangka mengalami strok haba akibat tidak dapat menyesuaikan diri dengan cuaca panas terik yang tiba lebih awal. Foto: Reuters.

Jepun rekodkan musim hujan paling singkat dalam sejarah

ByBernama

TOKYO, 28 Jun : Musim hujan berakhir secara tiba-tiba di beberapa bahagian di Jepun, menurut Agensi Meteorologi Jepun pada Isnin, dan suhu tinggi dijangka direkodkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Agensi cuaca memberi amaran bahawa “musim hujan berakhir lebih cepat daripada biasa tahun ini” dan ramai dijangka mengalami strok haba akibat tidak dapat menyesuaikan diri dengan cuaca panas terik yang tiba lebih awal.

Menurut media Jepun musim hujan tahun ini adalah yang paling singkat pernah direkodkan.  

Pada kebiasaannya, musim hujan berakhir pada pertengahan hingga akhir Julai. 

Menurut Sputnik, penyiar Awam NHK memetik pegawai cuaca sebagai berkata bahawa suhu akan meningkat ke paras tertinggi dalam dua minggu akan datang.

Suhu meningkat kepada 35 darjah Celsius (95 darjah Fahrenheit) dalam tempoh tiga hari lalu. 

Pegawai itu berkata tempoh hujan yang singkat ditambah dengan cuaca panas melampau boleh mengancam bekalan air negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan