Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Konvokesyen Komemoratif Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

UNIMAS rai 3,695 graduan di empat sidang Konvokesyen Komemoratif

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 27 Jun : UNIMAS berjaya bergerak seiring dengan kerajaan Sarawak dalam membantu mentransformasikan bumi kenyalang sejak penubuhannya pada 1992.

Pro Canselor UNIMAS,  Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg amat berharap UNIMAS dapat terus memainkan peranannya  dalam membantu kerajaan negeri menjadikan Sarawak sebagai hub pendidikan yang bermutu tinggi.

“ Saya percaya peranan dan sumbangan UNIMAS kepada Sarawak akan ditingkatkan dari semasa ke semasa.

“Sebagai sebuah universiti awam yang menjelang usia 30 tahun yang mempunyai sejumlah tenaga pakar dalam pelbagai disiplin ilmu, UNIMAS telah bergerak seiring dengan kerajaan Sarawak dalam membantu mentransformasi bumi kenyalang yang kita cintai,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Konvokesyen Komemoratif UNIMAS di Dewan Detar Putra,Kota Samarahan.

Seramai 3,695 orang graduan memperolehi ijazah masing-masing dalam pelbagai peringkat pengajian dari Ijazah Doktor Falsafah,Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda dalam Majlis Konvokesyen Komemoratif Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Majlis Konvokesyen berkenaan diadakan bagi meraikan graduan pada tahun 2020 yang layak bergraduat namun istiadat konvokesyen tidak dapat diadakan secara bersemuka disebabkan pandemik COVID-19 yang melibatkan 195 graduan PHD dan Sarjana dan 3,500 graduan bagi peringkat Sarjana Muda dari pelbagai fakulti.

Menurut Abang Johari, beliau berharap para graduan dapat menggunakan ilmu yang dipelajari sebaik-baiknya dalam menempuhi alam pekerjaan dan menggunakannya dalam membantu pembangunan negeri dan negara.

“Saya berharap agar segala ilmu yang ditimba dimanfaatkan dengan sebaiknya,supaya anda dapat berpandangan jauh dalam memikirkan strategi yang membentuk negara maju yang makmur,iklunsif dan lestari.

“Kejayaan yang anda raih pada hari ini merupakan satu sepakan permulaan untuk menabur bakti kepada agama,bangsa,masyarakat dan negara,”katanya.

Sementara itu,dalam majlis tersebut, ia turut menyaksikan Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Amar Douglas Uggah Embas dimasyhurkan sebagai Pro Canselor UNIMAS yang baharu menggantikan Abang Johari bermula 24 Januari 2022 sehingga 23 Januari 2025.

Sidang Konvokesyen Komemoratif UNIMAS akan berlangsung selama empat hari bermula dari 27 – 30 Jun 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan