Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Penerangan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Azizul Anuar Adenan ketika ditemubual TVS

Pendidikan politik wajar diwujudkan – Azizul

BySalasiah Safian

KUCHING, 27 Jun: Kementerian Pendidikan (KPM) wajar memasukkan pendidikan politik ke dalam sukatan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah.

Menurut Ketua Penerangan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Azizul Anuar Adenan, ia penting sebagai persediaan untuk pelajar sekolah menengah mengetahui sedikit sebanyak berkenaan proses-proses berkaitan bidang politik.

“Saya juga mengesyorkan jika ada kata yang diluar sana yang hendak mengadakan kursus-kursus demokrasi seperti ini amatlah digalakkan sekali. Ini disebabkan, memang mereka tahu mereka dapat, mungkin mereka tidak berapa tahu yang mereka bila sudah 18 tahun boleh mengundi.

Ada yang 18 tahun daknya tauk dapat mengundi tapi sik maok mengundi. Jadi yalah kita mesti memberi kesedaran kepada mereka betapa pentingnya undi mereka, dalam kita dapat menggubal dasar-dasar negeri Sarawak,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu berkata demikian ketika ditemubual oleh TVS untuk program Borak Teh C Peng, di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, PBB telahpun melancarkan sayap Pergerakan Belia 1828 pada Perhimpunan Agung Tritahunan PBB Ke-15 baru-baru ini.

“Pada masa yang sekarang, ialah dalam kata orang penubuhan protem committee. Dan ia akan hanya dapat disahkan pada konvensyen yang akan datang dan pada masa inilah kami di sayap belia … sayap belia pbb ini mengambil ahli-ahli masing-masing untuk menambahkan base, menambahkan base mereka dan alhamdulillah kita lihat usaha-usaha ini amat memberangsangkan sekali,” ujarnya.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman, yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi PBB, dilaporkan berkata PBB kini masih menunggu kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung penubuhan sayap tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan