Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah menyeru 41 pengusaha industri bot pelancongan di daerah ini yang belum berdaftar mengemukakan segera permohonan bagi mengelakkan masalah pada masa akan datang. Foto : KePKAS

41 pengusaha bot pelancong diseru daftar segera syarikat

SEMPORNA, 27 Jun : Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah menyeru 41 pengusaha industri bot pelancongan di daerah ini yang belum berdaftar mengemukakan segera permohonan bagi mengelakkan masalah pada masa akan datang.

Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata, jika berlaku kemalangan terutama di laut, ia akan menyukarkan pihak berkuasa untuk bertindak susulan tidak ada rekod maklumat pengusaha, bot, serta rekod pendaftaran pelancong.

“Daftarkan segera untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku dan jangan mendatangkan risiko kepada pelancong dengan menggunakan perkhidmatan pelancongan yang tidak berlesen,” katanya ketika lawatan kerja ke daerah itu.

Menurutnya, menjadi hasrat kementerian untuk memastikan pelancong mendapat khidmat syarikat pelancongan yang telus untuk memastikan keselamatan mereka sentiasa di jaga.

“Saya yakin dan percaya, kejayaan atau kegagalan sesebuah destinasi pelancongan bergantung kepada kebolehan kita dalam menyediakan persekitaran selamat dan terjamin kepada pelancong,” katanya lagi.

Sementara itu, pihaknya akan menangani segera isu pengusaha pelancongan di jeti pelancongan Semporna yang terpaksa menunggu lama untuk pemeriksaan sebelum pelepasan ke pulau.

Beliau mencadangkan agar satu usaha bersepadu dilaksanakan untuk memastikan perjalanan yang selamat, iaitu lulus dari segi spesifikasi undang-undang dan perjalanan lancar mengikut masa yang ditetapkan.

“Kita ada peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi, oleh itu dengan tindakan bersepadu dan kerjasama daripada semua pihak berkepentingan, saya yakin semua permasalahan pasti dapat diselesaikan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan