Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penrissen No.1 muncul juara sofbol MSSM Kuching bagi kategori lelaki dan wanita bawah 18 tahun.

SMK Penrissen No. 1 ungguli MSSM Sofbol Kuching

ByHaris Zainuddin

KUCHING, 26  Jun : Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penrissen No.1 membuktikan mereka merupakan  ‘kuasa utama’  sofbol  di sini apabila memenangi kedua-dua kategori yang dipertandingkan pada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM) bahagian Kuching tahun ini.

SMK Penrissen No. 1 muncul juara kategori lelaki dan perempuan bawah 18 tahun.

Pasukan lelaki menewaskan SMK Green Road 18-2 dalam perlawanan akhir pada pagi Jumaat manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh SMK Pending.

Bagi kategori perempuan, SMK Penrissen No. 1 dinobatkan juara selepas berjaya mengutip markah tertinggi berdasarkan format liga.

Tempat kedua pula dimenangi oleh SMT Sejingkat manakala SMK St Teresa, ketiga.

Pertandingan Sofbol MSSM bahagian Kuching tahun ini dianjurkan oleh SMK Sri Matang bermula 21 Jun hingga semalam.

Pengarah Teknik Sukan Permain Sofbol Bahagian Kuching, Alethea Beryl Purong berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi sekolah-sekolah yang bertanding  meskipun majoriti pasukan melakukan persiapan singkat akibat ketidaktentuan sesi persekolahan berikutan pandemik COVID-19.

“Persiapan untuk pasukan sofbol Kuching bagi pelajar yang terpilih pula harus dilakukan segera bagi memastikan kita menampilkan barisan pemain yang berkualiti,” katanya.

Pertandingan Sofbol MSSN Sarawak tahun ini akan diadakan di Miri bermula 18 hingga 21 Julai 2022. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan