Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain Melaka United FC Adriano Aparecido Narcizo (kanan) cuba melepaskan rembatan ke arah pintu gol lawan sambil dihalang pemain-pemain Sarawak United FC semasa beraksi pada Perlawanan Bola Sepak Liga Super di Stadium Hang Jebat dekat Krubong, hari ini.Foto Bernama.

Sarawak United benam Melaka di kubu lawan, Kuching City tewaskan PDRM FC di Petra Jaya

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 25 Jun : Sarawak United FC meraih kemenangan ketiga Liga Super musim ini selepas bangkit menewaskan Melaka United FC 3-2 di Stadium Hang Jebat.

Melaka United terlebih dahulu berada di hadapan apabila penyerangnya, Sony Norde menjaringkan gol pada minit ke-18.

Kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Sarawak United FC yang kini dibimbing Ketua Jurulatih baharu, S. Balachandran menyamakan kedudukan kira -kira lima minit kemudian menerusi Gonzalo Soto.

Permainan terus rancak apabila tuan rumah sekali lagi mendahului pada minit ke-34 menerusi Syazwan Andik yang menyaksikan keputusan itu kekal sehingga kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan.

Memasuki babak kedua, Soto kembali menyamakan kedudukan buat Kenyalang Emas apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-61.

Ketika perlawanan seakan -akan berkesudahan seri, Francis Kone muncul wira Sarawak apabila menjaringkan pada minit- minit akhir permainan.

Sarawak buat sementara waktu kini melonjak ke tangga ketujuh liga dengan 10 mata.

Skrip yang sama berlaku dalam saingan di Liga Premier di Stadium Negeri Petra Jaya apabila Ali Kamara menjaringkan kemenangan pada minit terakhir permainan untuk memastikan Kuching City FC memungut tiga mata penuh.

Sebelum perlawanan dihentikan kira -kira 30 minit pada minit ke-64 akibat hujan lebat, skuad kendalian Ifran Bakti Abu Salim terlebih dahulu berada di hadapan pada minit kelapan menerusi jaringan Wan Faiz Wan Sulaiman.

Selepas permainan disambung, tuan rumah kelihatan bergelut dengan keadaan padang yang basah sehingga membenarkan PDRM FC menyamakan kedudukan menerusi G.Durrkeswaran pada minit ke-70.

Asakan bertali arus tuan rumah menuju masa permainan tamat berhasil apabila Kamara tidak mensia-siakan peluang terhidang.

Kemenangan ini melonjak The Cat ke tangga ketiga liga dengan 20 mata. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan