Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (Sheda) Datuk Sim Kiang Chiok.

Sarawak ‘terkeluar senarai’ tiga negeri harga rumah termahal di Malaysia

KUCHING, 26 Jun : Harga rumah di Sarawak kini tidak lagi berada dalam senarai tiga negeri termahal di Malaysia.

Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Datuk Sim Kiang Chiok berkata, berlaku penambahbaikan berbanding laporan suku pertama 2021 yang menunjukkan Sarawak menduduki tempat ketiga di Malaysia pada senarai harga rumah termahal iaitu purata RM482,592.

Katanya, berdasarkan laporan terkini oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia (NAPIC), purata harga rumah di negeri ini pada suku pertama 2022 ialah RM365,712.

“Ini menjadikan sebagai yang keenam termahal di Malaysia berbanding ketiga pada tempoh penilaian sebelumnya.

“Harga purata rumah paling mahal berdasarkan data terkini ialah di Kuala Lumpur iaitu sebanyak RM765,391 dan diikuti Selangor sebanyak RM518,117,”katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Laporan NAPIC juga jelasnya meletakkan Pulau Pinang sebagai lokasi ‘yang mengambil alih’ kedudukan Sarawak yang menjual harga ketiga termahal iaitu dengan purata RM396,832.

“Ini diikuti Johor dan Sabah menduduki tempat keempat dan kelima masing-masing RM378,355 dan RM367,888,”katanya.

Laporan berkenaan juga jelasnya menunjukkan harga purata rumah di semua negeri lain di Malaysia bernilai di bawah RM300,000.

Katanya, secara keseluruhan Sarawak mengalami peningkatan 12.7 peratus dalam transaksi kediaman pada suku pertama 2022 berbanding suku pertama 2021. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan