Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 1,500 rakyat Sarawak yang tinggal di Semenanjung hadir Majlis Makan Malam Persatuan Anak Borneo di Semenanjung malam tadi.

Masyarakat Iban di Semenanjung diminta terus pelihara adat dan budaya

SELANGOR, 26 Jun: Masyarakat Iban di Semenanjung Malaysia diminta supaya terus memelihara kesenian, adat dan budaya yang mencerminkan keharmonian masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

Budaya dan sifat sopan santun serta semangat saling membantu juga perlu terus disuburkan kata Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang.

“Berikutan populasi rakyat Sarawak yang semakin ramai di Semenanjung terutama di Johor dan Selangor, semangat dalam mengekalkan nilai-nilai murni turun temurun yang diamalkan di Sarawak terus diperkukuh di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Persatuan Anak Borneo Semenanjung di Seri Kembangan malam tadi.

Tambah Aaron Aro lagi, semangat perpaduan antara kaum bukan sahaja perlu diperkukuhkan malah harus disemai dalam kalangan generasi muda yang akan menjadi pewaris pada masa hadapan.

Majlis yang kali pertama diadakan itu dihadiri lebih 1,500 tetamu.

Yang turut hadir, Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Dan Sarawak), Dato Hanifah Hajar Tun Taib dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dua, Datuk Hasbi Habibollah. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found