Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
datu kipli yassin
datu kipli yassin

Majlis Islam Sarawak berhasrat lahirkan ilmuwan melalui tawaran biasiswa

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 26 Jun : Majlis Islam Sarawak (MIS) berhasrat melahirkan para ilmuwan baharu di negeri ini melalui tajaan biasiswa yang akan mula diiklankan pada tahun ini.

Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassi berkata, biasiswa itu kelak bakal membiayai sepenuhnya pelajar yang terpilih pada peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

“Lebih banyak penyelidikan dan pendidikan mengenai Islam harus dibuat dalam usaha memajukan Sarawak.

“Begitu juga melalui pengkhususan ekonomi digital yang dapat kita lihat keperluannya untuk pembangunan di negeri ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peringatan HAUL 104 Tahun Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW) di Masjid Darul Hana, di sini, semalam.

Sehubungan itu, ujarnya, umat Islam di Sarawak perlu sentiasa meningkatkan tahap kemahiran dan kepakaran sejajar dengan perubahan arus pemodenan dan perkembangan teknologi pada masa kini.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan bahawa menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan bagi setiap insan yang beragama Islam.

“Dalam mendepani cabaran dunia masa kini, jangan pisahkan aspek ketuhanan dan kerohanian sebagai adab untuk mengembangkan dan meluaskan lagi ilmu pengetahuan kita,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan