Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
AWANG TENGAH PERTH
Awang Tengah berucap ketika rangka kerja ke Australia semalam.

Ekonomi Sarawak dijangka berkembang hingga enam peratus tahun ini

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 26 Jun : Di sebalik kelembapan ekonomi global, Sarawak mencatatkan pertumbuhan yang stabil pada 2021 dengan unjuran antara tiga hingga empat peratus.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ekoran pembukaan semula sektor perniagaan, ekonomi Sarawak dijangka menyaksikan unjuran pertumbuhan hingga enam peratus menjelang hujung tahun ini.

“Memandangkan aktiviti ekonomi kembali normal dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa, pertumbuhan berterusan dicatatkan dalam sektor luar dan aktiviti domestik yang bertambah baik, kita telah mengunjurkan ekonomi akan berkembang antara lima hingga enam peratus pada 2022,” katanya.

Perkara tersebut dinyatakan Awang Tengah ketika rangka lawatannya ke Australia, semalam.

Beliau mengetuai delegasi negeri Sarawak pada rangkaian meja bulat dengan Australia Malaysia Business Chamber Western Australia (AMBCWA).

Lebih 20 ahli AMBCWA menghadiri perbincangan meja bulat itu.

Mengenai jumlah perdagangan antara Sarawak dan Australia pada 2021, beliau menjelaskan nilainya mencecah kira-kira RM3.6 bilion dan nilai eksport Sarawak ke Australia pula adalah kira-kira RM1.2 bilion iaitu melalui petroleum mentah, papan lapis dan urea.

Manakala nilai import Sarawak dari Australia pula adalah bersamaan kira-kira RM2.4 bilion, melibatkan bijih aluminium katanya.

“Saya harap kita akan dapat membincangkan lebih lanjut mengenai kawasan di mana Sarawak dan Australia Barat boleh mengukuhkan kerjasama dalam perniagaan dan perdagangan serta meneroka potensi pelaburan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan