Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak Energy Berhad (SEB) mengiktiraf kontraktor cemerlangĀ dalam aspek kesihatan, keselamatan danĀ alam sekitar (HSE) untuk tahun ini.

SEB iktiraf kontraktor praktis HSE untuk kelestarian

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 25 Jun : Sarawak Energy Berhad (SEB) mengiktiraf kontraktor cemerlangĀ dalam aspek kesihatan, keselamatan danĀ alam sekitar (HSE) untuk tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SEB, Datu Sharbini Suhaili berkata, pengiktirafan yang diberikan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan organisasi itu untuk menyemai kecemerlangan HSE di semua tapak projek milik mereka di Sarawak.

Ujar beliau, pemilihan penerima dibuat berdasarkan tahap kepatuhan terhadap HSE semasa beroperasi dan inisiatif tambahan yang diambil dalam penjagaan alam sekitar.

“SEB menyeru agar kontraktor yang terlibat dengan projek kami untuk terus mengekalkan standard HSE yang ditetapkan bagi mengekalkan imej syarikat dan Sarawak kepada pihak luar. Ā 

“Kami memerlukan kontraktor untuk terus meningkatkan dan mengekalkan piawaian HSE yang tinggi untuk terus berkembang di peringkat antarabangsa dan serantau,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kontraktor Dalam Aspek Kesihatan, Keselamatan DanĀ Alam Sekitar (HSE) 2022 di Hotel Pullman,Kuching, malam tadi.

Ujar beliau lagi, pematuhan syarikat kontraktor terhadap HSE juga selari dengan seruan Kerajaan Sarawak yang tidak mahu meminggirkan aspek keselamatan di tempat kerja dengan menekankan konsep sifar kemudaratan kepada pekerja.

“Ini penting ketika negeri ini sedang rancak dengan projek pembangunan,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan