Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak,Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan sijil kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 sempena Ekspo Pendidikan Negeri di sini hari ini.

Kajian komersialkan Alga diketahui dalam tempoh enam bulan

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 25 Jun : Keputusan kajian mengkomersialkan bahan api berasaskan alga yang dilakukan Sarawak dijangka akan diperolehi dalam tempoh enam bulan akan datang.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penyelidikan terperinci itu sedang dilakukan oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) bagi merealisasikan hasrat negeri ini untuk membangunkan tenaga lestari.

“Jika penyelidikan itu berhasil, kita akan bergerak ke arah usaha untuk memasarkan secara meluas dengan harga berpatutan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Ekspo Pendidikan Negeri Sarawak 2022 di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, tumbuhan alga diketahui boleh digunakan sebagai pengeluaran bahan api penerbangan mapan (SAF) dan Sarawak harus memanfaatkan peluang berkenaan.

“Melalui proses pengekstrakan, minyak boleh dikeluarkan daripada alga sekali gus digunakan sebagai bahan bakar,”katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan