Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pertandingan Zikir Marhaban bersempena Maulidur Rasul dijangka akan kembali dan bakal dianjurkan di daerah Gedong.
Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Dr Wan Ali Tuanku Madhi hadir pada Majlis Penangguhan Bengkel Seni Zikir di sini hari ini.

Gedong tuan rumah Pertandingan Zikir Marhaban Maulidur Rasul

ByAmirah Shawel

KUCHING, 25 Jun: Pertandingan Zikir Marhaban bersempena Maulidur Rasul bakal dianjurkan di Gedong setelah dua tahun ditangguhkan ekoran pandemik COVID-19.

Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Dr Wan Ali Tuanku Madhi berkata, penganjurannya akan dilangsungkan secara besar-besaran.

Wan Ali berkata, Gedong dipilih sebagai lokasi kerana kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu yang diwakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang merupakan peminat seni islamik berkenaan.

“Beliau juga sentiasa memberi sokongan kepada penganjuran pertandingan ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Penangguhan Bengkel Seni Zikir di sini hari ini.

Tambah Wan Ali, pihaknya berhasrat untuk membuka penyertaan pertandingan kepada peserta bdari bahagian lain di Sarawak untuk memeriahkan acara berkenaan.

“Sebelum ini hanya dari Kuching dan Asajaya sahaja yang mengambil bahagian,”katanya.

Sementara itu, Bengkel Seni Zikir dianjurkan oleh Biro Agama dan Sosial (BAS) dan PKMS merupakan sebagai persediaan dan latihan untuk pertandingan berkenaan kelak.

Penganjuran bengkel tersebut juga bertujuan untuk menggalakkan penglibatan orang muda untuk mendalami dan mewarisi seni zikir.

Seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada 30 orang lelaki dan 15 orang perempuan menyertai program itu. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found