Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Jeniri Amir
Prof. Madya Dr. Jeniri Amir memenangi Anugerah Khas Malaysian Press Institute (MPI) 2021 pada Malam Wartawan Malaysia 2021 semalam.

Dr Jeniri menang Anugerah Khas MPI 2021

ByNurul Amarlina

KUCHING, 25 Jun: “Tiada hari tanpa menulis, tiada hari tanpa membaca”.

Itulah pesanan ahli akademik dan penulis Prof. Madya Dr. Jeniri Amir, pemenang Anugerah Khas Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2021 pada Malam Wartawan Malaysia 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam.

Dr Jeniri, yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Sarawak Media Group memberitahu beliau terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang anugerah berprestij itu.

“Saya terkejut apabila satu persatu latar belakang biodata saya dibaca, kemudian nama saya diumumkan. Langsung saya tak tahu, ini satu kejutan,

“Saya telah berjuang dalam bidang kewartawanan ini sejak tahun 1977,” katanya apabila ditemui TVS selepas memenangi anugerah itu.

Dr Jeniri yang berasal dari Sarawak merupakan penulis prolifik yang banyak menulis mengenai politik Sarawak, biografi pemimpin-pemimpin terkemuka Sarawak, Pengajian Awam dan Kajian Media.

Sebelum bersara, beliau pernah bertugas sebagai seorang guru, kemudian bertugas di Utusan Sarawak dan pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). 

Beliau telah menghasilkan lebih daripada 50 buku dan lebih 2,000 artikel dalam pelbagai bidang.

Bagi Anugerah Khas tersebut beliau membawa pulang wang tunai RM5,000, sebuah trofi dan sijil.

Beliau turut menasihati golongan muda terutamanya dalam bidang kewartawanan untuk terus berusaha dan tidak mudah mengalah. 

“Wartawan-wartawan muda harus komited, jangan mudah mengalah. Anda harus tahu akan tugas dan tanggungjawab anda untuk menulis. Tiada hari tanpa menulis, tiada hari tanpa membaca, pasti anda akan berjaya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan