Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan bangunan baharu Masjid Darul Daim di Kampung Lintang, di sini hari ini. Foto UKAS.

PCDS 2030 bantu Sarawak berdepan gangguan rantaian bekalan global – Abang Johari

ByAkma Salleh

KUCHING, 24 Jun : Pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang dilancarkan Kerajaan Sarawak ketika ini menjadi ‘penyelamat’ terhadap krisis kenaikan harga barangan yang berlaku di peringkat global.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, menerusi pelan itu, kerajaan negeri dapat membantu terutamanya kontraktor yang menanggung kesan akibat perkembangan berkenaan.

Katanya, inflasi yang berlaku ketika ini menjadi masalah yang dihadapi di banyak negara sehingga kos pelbagai barangan meningkat.

“Bagi Sarawak, InsyaAllah kita ada program pembangunan yang diatur iaitu PCDS 2030 dan sekarang kita sedang melaksanakan projek.

“Ada projek sakit, kita ada rescue contractor. Bermakna projek kita akan terus berjalan dan tidak terjejas,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada sebagai mengulas gangguan rantaian bekalan global yang mula menunjukkan kesan ketika ini.

Abang Johari berkata, tujuan pentadbirannya merangka PCDS 2030 ialah kerana dapat menjangkakan akan berlaku perkembangan yang menjejaskan pertumbuhan ekonomi setelah negara memasuki fasa pemulihan selepas COVID-19.

Katanya, menerusi suntikan kewangan oleh kerajaan negeri, ekonomi Sarawak akan terus bergerak.

Sementara itu, beliau turut berharap agar Kerajaan Persekutuan dapat melaksanakan langkah sewajarnya untuk menangani masalah harga barangan makanan import yang meningkat ketika ini.

“Mata wang Ringgit kita sekarang lemah, bermakna kos import akan tinggi. Ini akan ditanggung oleh pengguna,”katanya.

Terdahulu, Abang Johari hadir merasmikan bangunan baharu Masjid Darul Na’im Kampung Lintang di sini.

Majlis berkenaan mula beroperasi pada 11 April 2021 dan bangunan masjid ini merupakan bangunan kelima sejak surau pertama didirikan pada 1939.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found