Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri bercakap pada sidang media di IPK negeri hari ini berkenaan tangkapan individu disyaki terlibat dengan dadah. Foto TVS

Operasi tiga hari Polis Sarawak tahan 391 individu disyaki terlibat dadah

KUCHING, 24 Jun : Polis Sarawak berjaya menahan seramai 391 individu di seluruh negeri kerana disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, Menerusi Op Tapis Khas Siri 4 yang telah dijalankan selama tiga hari bermula pada 21 Jun hingga semalam, pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM122,310.

Katanya, kesemua yang ditahan berumur dalam lingungan 16 hingga 64 tahun.

“Rampasan dadah dengan nilai tertinggi dilakukan di Sibu membabitkan jumlah RM91,048, diikuti Kuching sebanyak RM8,940,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini hari ini.

Beliau memberitahu, polis turut merampas dadah bernilai RM5,955 ketika operasi sama dilancarkan di Kapit.

“Mereka yang ditahan termasuk tokan ini disyaki terlibat dengan pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. –TVS

Tags: dadah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan