Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
[TVS] Kawasan Parlimen Mukah kini dipilih secara rasmi sebagai lokasi pertama penubuhan Pasukan Tindakan Balas Kecemasan Angkatan Pertahanan Awam (Komuniti) (CDERT-C) APM bagi peringkat Sarawak dan bakal menjadi perintis bagi kawasan lain di negeri ini. Foto: Alwin Lawrence
Kawasan Parlimen Mukah kini dipilih secara rasmi sebagai lokasi pertama penubuhan Pasukan Tindakan Balas Kecemasan Angkatan Pertahanan Awam (Komuniti) (CDERT-C) APM bagi peringkat Sarawak dan bakal menjadi perintis bagi kawasan lain di negeri ini. Foto: Alwin Lawrence

Mukah lokasi pertama perintis CDERT-C APM di Sarawak

MUKAH, 24 Jun : Kawasan Parlimen Mukah dipilih sebagai lokasi perintis penubuhan Pasukan Tindakan Balas Kecemasan Angkatan Pertahanan Awam Komuniti (CDERT-C) , Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Sarawak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Hanifah Hajar Tun Taib berkata, beliau yakin penubuhan pasukan berkenaan yang diilhamkan olehnya akan membantu rakyat di sini sekiranya berdepan bencana alam yang tidak dijangka.

Katanya, penubuhan CDERT-C diluluskan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Terima kasih kepada APM kerana meluluskan penubuhan CDERT-C yang pertama di Sarawak.

“Oleh itu, saya mahu pastikan penubuhannya dapat membantu penduduk Mukah menghadapi bencana banjir, tanah runtuh dan sebagainya selain memperkukuhkan hubungan komuniti dan APM,”katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancarannya di sini semalam.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine dan ADUN Balingian, Abdul Yakub Arbi.

Hanifah Hajar yang juga Ahli Parlimen Mukah berkata, pasukan berkenaan akan diletakkan dalam keadaan bersiap sedia bagi membantu penduduk di kawasan kampung dan rumah panjang termasuk yang terletak di kawasan pedalaman.

“Kesan daripada kejadian bencana sudah pasti memeritkan dan sukar diramalkan bila berlaku.

“Menerusi latihan kecemasan dan pengurusan bencana yang diberikan oleh APM, ia akan membantu anggota CDERT untuk memberi tindak balas awal seterusnya mengurangkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa,”katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan