Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 24 Jun : Premier Sarawak,Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan bangunan baharu Masjid Darul Naim, Kampung Lintang hari ini.

Masjid Darul Naim Kampung Lintang berwajah baharu

ByAkma Salleh

KUCHING, 24 Jun : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan bangunan baharu Masjid Darul Naim, Kampung Lintang hari ini.

Projek membesarkan masjid berkenaan dengan kos kira-kira RM9 juta menyaksikan tempat beribadat umat Islam kawasan sekitar kini berwajah baharu.

Antara kemudahan yang disediakan termasuk zon kuliah yang dilengkapi dengan makmal komputer, perpustakaan digital, ruang akad, serta wifi.

Pembinaan masjid berkenaan sebelum ini mengambil masa selama 30 bulan sejak pelaksanaannya pada 2018.

Untuk rekod, masjid berkeluasan 1,780 meter persegi ini telah beroperasi pada 11 April 2021 dan mampu memuatkan seramai 1,500 jemaah.

Ini merupakan bangunan Masiid Darul Naim yang kelima sejak surau pertamanya didirikan pada 1939.

Majlis perasmian turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found