Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pandelela dan Dhabitah capai sasaran Malaysia sapu bersih emas terjun dalam acara 10 meter platform seirama wanita Sukan SEA ke-31.
Dato Pandelela Rinong (kanan) dan Nur Dhabitah Sabri merupakan Olimpian negara yang dilahirkan menerusi pentas SUKMA.

SUKMA : Sarawak akan rayu senaraikan acara terjun

KUCHING, 23 Jun : Sarawak akan membuat rayuan agar acara terjun disenaraikan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 di Kuala Lumpur dari 16 hingga 24 Sept depan.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, walaupun acara itu sudah diiktiraf di peringkat Sukan Olimpik dan kejohanan antarabangsa, penganjur SUKMA ke-20 pula mengambil pendirian hanya akan menyenaraikannya jika ada enam atau lebih negeri mengambil bahagian. 

“Kita akan membuat rayuan memandangkan acara ini merupakan lubuk emas kepada Sarawak pada SUKMA,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis prapelancaran Program Rakan Muda Comfort Room Negeri Sarawak 2022 di sini hari ini.

Beliau berkata kontinjen Sarawak juga masih menunggu makluman daripada penganjur untuk memuktamadkan acara sukan dan lokasi sebelum dapat membuat persiapan lebih rapi menjelang temasya itu yang berbaki 85 hari.

“Banyak perkara belum ditentukan lagi oleh penganjur. Jadi saya fikir sedikit sukar bagi kita membuat persiapan yang sepatutnya,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan