Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bintang muda berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menambah satu lagi koleksi pingat peribadinya pada hari terakhir Kejohanan Berbasikal Trek Asia di New Delhi, hari ini.

Nurul Izzah tambah pingat pada Kejohanan Asia

KUALA LUMPUR, 22 Jun : Bintang muda berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menambah satu lagi koleksi pingat peribadinya pada hari terakhir Kejohanan Berbasikal Trek Asia di New Delhi, hari ini.

Pelumba berusia 19 tahun itu merangkul gangsa bagi saingan akhir keirin wanita pada kejohanan berlangsung di Velodrom Kompleks Sukan Indira Gandhi itu.

Mina Sato dari Jepun menjuarai acara tersebut manakala perak pula menjadi milik pelumba Korea Selatan, Park Ji Hae.

Ahad lepas, Nurul Izzah mencatat nama sebagai pelumba wanita Malaysia pertama memenangi emas di kejohanan itu  apabila mengungguli  acara 500 meter ujian masa dengan catatan masa 35.499 saat (s).

Sementara itu, pasukan junior negara membawa pulang dua lagi pingat menerusi dua pelumba wanitanya, Nyo Ci Hui bagi acara omnium serta Azwa Nabila Abdullah dalam saingan keirin.

Ci Hui meraih perak dengan mengumpul 116 mata keseluruhan di belakang juara dari Jepun, Maho Kakita (153 mata) manakala pelumba Uzbekistan, Asal Rizaeva memenangi gangsa (110 mata).

Azwa pula sekadar berpuas hati dengan pingat gangsa manakala pelumba  Korea Selatan, Kim Doye meraih emas diikuti rakan senegaranya, Na Yunseo untuk perak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan