Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

KKM sasar wujud lebih banyak pusat rawat masalah tidur

ByBernama

REMBAU, 23 Jun : Kementerian KesihatanĀ (KKM) menyasarkan untuk mewujudkan Pusat Sehenti Masalah TidurĀ di 13 hospital dan 27 hospital berpakar lain di seluruh negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, setakat ini pusat sehenti seperti itu hanyaĀ terdapat di Hospital Putrajaya, Hospital Serdang, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sultanah Bahiyah dengan masing-masing mempunyaiĀ satu makmal tidur tahap satu.

ā€œJika ambil kira 13 hospital dengan kemudahan (makmal tidur) tahap satu dan 27 hospital berpakar (tahap tigaĀ dan empat) ia akan melibatkan kos RM1.5 juta,” katanyaĀ ketika berucap pada majlis perasmian perkhidmatan Otorinolaringologi (ORL) dan ā€˜Sleep Labā€™ di Hospital Rembau di sini hari ini.

Beliau berkata pusat sehenti itu akan membolehkan rawatan pelbagai disiplin kerana masalah ObstructiveĀ Sleep ApneaĀ (OSA) berkait rapat dengan pelbagai masalah komorbiditi lain.

Jelasnya, pesakit memerlukan ujian tidur untuk mendiagnosis OSA yang semakin meningkat dan kekangan utama dihadapi pihak hospitalĀ yang mempunyai perkhidmatan ORLĀ ialah kekurangan kemudahan untuk melaksanakan ujian tidur.

Beliau berkata bilangan hospital yang mempunyai kemudahan ini juga terlalu sedikit bilangannya di negara iniĀ berbanding keperluan serta bilangan pesakit.

ā€œMengambil contoh di Negeri Sembilan, pesakit perlu menunggu lebih enam bulan untuk menjalani ujian tidur di Hospital Serdang atau di Hospital Putrajaya.Ā KKM komited untuk menambah baik perkhidmatan ini dengan meningkatkan kemudahan makmal tidur di semua hospital yang mempunyai kepakaran ORL,ā€ katanya.

Beliau berkata ini termasuk menyediakan peralatan yang sesuai untuk tahap satu polysomnography iaitu ujian yang terbaik untuk masalah OSA.

Khairy menjelaskan gangguan tidur atau ā€˜sleep apneaā€™ iaitu keadaan apabila seseorang itu berhenti bernafas sewaktu tidur didapati semakin meruncing dengan sekitar 15 peratus hingga 30 peratus rakyat di Malaysia menghidapi masalah itu.

“Antara gejala utama yang dialami oleh seseorang berkemungkinan menghidapi sleep apnea ialah berdengkur yang kuat serta berhenti bernafas seketika semasa tidur; mengantuk yang melampau di siang hari serta tertidur sewaktu memandu (microsleep).

“Kebanyakan masa sleep apnea hanya dianggap sebagai ā€˜masalah berdengkurā€™, tetapi keadaan ini lebih serius dan memerlukan perhatian segera. Sleep apnea adalah sangat bahaya kerana ia bukan sahaja boleh menyebabkan kemalangan tetapi jika tidak dirawat, boleh menyebabkan penyakit kronik seperti darah tinggi, serangan jantung, lemah jantung serta angin ahmar,” katanya.

Khairy berkata menerusi kajian Jurnal Perubatan Respiratori Lancet 2019, kira-kira 77.2 peratus rakyat di negara ini dianggarkan mengalami OSA tahap rendah, berbandingĀ 7.8 peratus rakyat Hong Kong yang dianggarkan menghadapi masalah serupa.

Selain itu, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) turutĀ melaporkan sebanyak 1,305 kematian jalan raya dariĀ 2011 hingga 2021 berpunca daripada kemalangan akibat pemandu kenderaan yang tertidur (microsleep) semasa mengoperasikan kenderaan mereka. Ā -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan