Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi menghadiri Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Seni Malaysia Sarawak di sini hari ini.

Keperluan asas sekolah di pedalaman Sarawak terus diberi perhatian

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 23 Jun : Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak akan terus memberi keutamaan untuk menyediakan keperluan asas sekolah – sekolah di seluruh negeri ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, ini bagi memastikan pelajar mendapat pendidikan berkualiti tanpa terganggu dengan isu kekurangan kemudahan terutamanya di kawasan pedalaman.

Sehubungan itu katanya, kementerian akan bekerjasama dengan pihak bertanggungjawab untuk memastikan keperluan asas berkenaan dapat dinikmati segera.

“Penekanan kita (kementerian) adalah untuk membantu sekolah-sekolah yang berada di pedalaman,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Seni Malaysia Sarawak di sini hari ini.

Sebelum ini katanya, Kerajaan Sarawak telah menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta pada 2018 menerusi Sarawak Energy Bhd untuk membekalkan tenaga elektrik ke sekolah-sekolah di luar bandar.

Katanya, kementerian  juga bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk memastikan kesemua sekolah di negeri ini menikmati bekalan elektrik 24 jam.

“Kita juga akan memastikan kemudahan bekalan air terawat di semua sekolah, itulah matlamat kita,”katanya.

Pada masa sama, beliau berkata tumpuan juga akan diberikan untuk memastikan liputan internet di setiap sekolah di negeri ini mencapai tahap yang dapat membantu meningkatkan pembelajaran dan pelajaran di sekolah selaras dengan hasrat kerajaan negeri.

Berkenaan sambutan hari guru, Dr. Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM13  000 kepada sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk melaksanakan lebih banyak aktiviti yang bermanfaat warga sekolah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan