Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita yang menjadi mangsa ragut cedera selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Sukma, Jalan Sultan Tengah, di sini semalam.

Wanita mangsa ragut di Taman Sukma cedera parah

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, 22 Jun : Wanita yang menjadi mangsa ragut semalam disahkan mengalami kecederaan parah di bahagian pangkal pahanya.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisoner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, mangsa yang berusia 36 tahun itu kini dilaporkan stabil namun masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) , Hospital Umum Sarawak (HUS).

Berikutan kejadian itu katanya, polis telah menubuhkan pasukan khas untuk mengesan suspek yang terlibat.

“Setakat ini polis sudah mempunyai beberapa petunjuk termasuk memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun yang mendatangkan kecederaan dengan cara meragut.

Dalam kejadian kira – kira pukul 6.15 pagi semalam di Taman Sukma itu, mangsa yang sedang menunggang motosikal untuk ke tempat kerja dihampiri motosikal suspek sehingga menyebabkan hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang.

Suspek kemudian mengambil dompet dan telefon bimbit mangsa sebelum ‘menghilangkan diri’.

Kejadian itu turut tular di media sosial. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan