Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dayang akan membuat persembahan bersama SONS Majlis Seni Sarawak ketika persembahan mereka 'Vibes of Borneo' pada Ahad ini dari jam 6 petang hingga 6.30 petang. Foto: @dayangsayangkamu (Instagram)

Tonton persembahan Dayang Nurfaizah sempena Borneo Jazz Festival

ByNurul Amarlina

KUCHING, 22 Jun : Peminat Dayang Nurfaizah berpeluang menyaksikan persembahan penyanyi terkenal itu secara langsung pada hujung minggu ini di Borneo Jazz Festival (BJF) 2022 di Coco Cabana, Miri.

Sarawak Tourism Board (STB) memaklumkan, Dayang akan membuat persembahan bersama SONS Majlis Seni Sarawakm menerusi segmen ‘Vibes of Borneo’ pada Ahad ini bermula pukul 6 hingga 6.30 petang. 

Sementara itu, aktiviti pada waktu turut melibatkan pameran yang diadakan secara percuma bersempena BJF yang berlangsung dari 24 hingga 26 Jun ini.

Baca lagi > > > Instrumen muzik ‘terancam’ Sarawak bakal dipamerkan di Borneo Jazz Festival

Baca lagi > > > Alami muzik jazz fusion di Borneo Jazz Festival 2022

“Pelbagai aktiviti seperti program kesejahteraan, Pameran Borneo Stories (batik, tatu dan lut bot), pameran seni dan kraf tempatan atau menyertai Bengkel Muzik menanti pengunjung,” jelas STB menerusi kenyataan media.

Penggemar budaya juga dialu-alukan mengunjungi segmen Borneo bermula pukul 11 pagi hingga 7 malam yang merangkumi Pameran Borneo Boat Lute Revival untuk mengkaji proses dan bunyi lut bot, demonstrasi Batik Borneo oleh Noel Belulok dan Borneo Tattoo Showcase oleh Arth Akal.

Bagi mereka yang mementingkan kesihatan serta kecergasan, boleh menyerai Program Kesejahteraan BJF yang berlangsung pada 25 hingga 26 Jun yang bermula pukul 8.30 hingga 10.30 pagi melibatkan yogo serta senaman visualisasi, Yin Yoga, Vinyasa Hathan dan sesi Sape.

Terdapat juga stesen Reconnect and Recharge yang berlangsung dari jam 4 petang hingga 6 petang untuk kedua-dua hari.

Pemuzik juga boleh mengambil peluang menghadiri bengkel yang menampilkan Masterclass Pencarian Bakat Borneo Jazz, Persembahan Sape ‘Evolution of the Sape’ oleh Miri Sape Movement pada 24 Jun (5.30 petang hingga 6.30 petang), Bengkel Perkusi bersama Steve Thornton Eco Drum Workshop dan Jam oleh Lewis Pragasam dan Steve Thornton pada 25 Jun (3 petang hingga 4.30 petang).

Pengunjung pesta boleh membeli-belah untuk bakul, manik dan banyak lagi Sarawak di Pasar Artisan Artsy Fartsy. 

Selain itu, terdapat juga makanan dan minuman yang dijual di pasar yang dibuka.

Terdapat juga aktiviti berbayar lain yang menyeronokkan untuk orang dewasa termasuk sesi membuat dan merasa koktel, lukisan kanvas dan bengkel improv. 

Sementara itu, keluarga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti seperti lukisan beg Papa & I (bagi kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas), Pot Embossing (bagi dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas), seni kitar semula (kanak-kanak di bawah umur 6 tahun).

Pemegang tiket pada waktu malam boleh meletakkan kereta mereka secara percuma berhampiran pintu masuk Coco Cabana.

Untuk maklumat lanjut tentang pesta itu atau untuk membeli tiket, lawati jazzborneo.com. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan