Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Omicron COVID-19
Berlaku peningkatan 23 peratus minggu ke minggu dalam jangkitan komuniti COVID-19 di Singapura, sebahagian besarnya didorong oleh peningkatan penyebaran subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 yang baharu, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu. Photo: twenty20photos

Subvarian Omicron baharu cetus peningkatan kes COVID-19 di Singapura – MOH

ByBernama

SINGAPURA, 22 Jun :  Berlaku peningkatan 23 peratus minggu ke minggu dalam jangkitan komuniti COVID-19 di Singapura, sebahagian besarnya didorong oleh peningkatan penyebaran subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 yang baharu, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu.

“Walaupun subvarian BA.2 masih menyumbang kepada sebahagian besar jangkitan COVID-19 kami, perkadaran jangkitan BA.4 dan BA.5 kian meningkat,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

MOH berkata kira-kira 30 peratus daripada kes COVID-19 dalam komuniti minggu lalu adalah kes dengan subvarian BA.4 dan BA.5, berbanding 17 peratus dan 3.0 peratus masing-masing untuk dua minggu sebelumnya.

“BA.5 sahaja dianggarkan menyumbang kepada 25 peratus daripada semua kes minggu ini. Lonjakan dalam kes BA.4 dan BA.5 berkemungkinan berterusan, didorong oleh kebolehjangkitan yang lebih tinggi berbanding BA.2,” tambahnya.

Berdasarkan bukti semasa di peringkat antarabangsa dan tempatan, MOH menunjukkan bahawa tahap sejauh mana teruk jangkitan BA.4 dan BA.5 adalah serupa dengan strain Omicron terdahulu.

“Langkah Pengurusan Selamat (SMM) semasa, termasuk keperluan untuk memakai pelitup muka semasa berada di ruang tertutup dan SMM Berbeza Vaksinasi untuk beberapa aktiviti berisiko tinggi, akan kekal,” kata kenyataan itu.

MOH berkata ia akan meneruskan pemantauan genomik untuk subvarian yang beredar di Singapura, termasuk memerlukan beberapa individu yang dijangkiti melakuka ujian swab tindak balas rantai polimerase tambahan yang dibiayai kerajaan untuk penjujukan genomik.

“Walaupun kami tidak melihat peningkatan ketara kes COVID-19 yang teruk di hospital kami, dan jumlah kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) kekal rendah, hospital awam kami tetap sibuk merawat pesakit bukan COVID, dan banyak hospital mengalami kekurangan katil yang tinggi,” menurut kenyataan itu.

Kementerian mengingatkan bahawa vaksinasi dan penggalak merupakan benteng pertahanan  penting. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan