Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri majlis memeterai MoU dengan rakan strategik di Australia hari ini.

Sarawak dan syarikat Australia meterai MoU majukan industri perkayuan

KUCHING , 22 Jun : Kerajaan Sarawak mengorak langkah untuk memajukan industri perkayuan di negeri ini dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan rakan strategiknya di Australia.

Timbalan Premier,Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, MoU itu bertujuan untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi pelaburan membangunakan kilang kejuruteraan kayu di Sarawak.

Katanya, kerjasama dan pelaburan berkenaan penting kerana ia merupakan peluang untuk mempromosikan penggunaan kejuruteraan kayu dalam pembinaan perumahan dan bangunan di Sarawak.

“Antara usaha sama yang bakal dilaksanakan adalah melaksanakan pelan transformasi untuk mempromosikan produk nilai tambah yang tinggi daripada hasil hutan selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca-COVID (PCDS) 2030,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Majlis menandatangani MoU berkenaan melibatkan Perbadanan Pembangunan Industri Kayu Sarawak (STIDC) dengan Woodsfield Glulam Manufacturing dan Tilling Timber berlangsung di Melbourne, Australia, hari ini.

Padam majlis itu, STIDC diwakili Pengurus Besarnya, Datu Hashim Bojet manakala Woodsfield Glulam Manufacturing diwakili Pengarah Urusannya, Eddie Ling Lee Tee dan Pengarah Urusan Tilling Timber, Glenn Tilling.

Yang turut hadir bersama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Dato Roslan Abdul Rahman dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh.

Pemeteraian perjanjian itu juga dijangka akan menarik pelaburan bernilai RM120 juta dan diunjurkan menjana pendapatan tahunan sebanyak RM78 Juta.-TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan