Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah merasmikan projek bekalan air alternatif Sarawak (SAWAS) di Nanga Baoh Dalat, semalam.

Projek SAWAS manfaatkan 1,500 penduduk Nanga Baoh

DALAT, 22 Jun : Projek Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) di sini yang melibatkan kos RM11.8 juta berjaya mencapai matlamat untuk menyediakan kemudahan bekalan air bersih kepada 1,500 orang penduduk di Nanga Baoh.

Penghulu kampung berkenaan, Ambau Anchong, 70, ketika ditemui TVS berkata, penduduk termasuk pelajar sekolah dan kakitangan klinik di situ menjalani urusan harian dengan lebih selesa sejak dua tahun lepas.

“Selepas projek SAWAS siap, kehidupan kami di sini sangat senang kerana ada air bersih malah tekanan air juga cukup baik di setiap pintu rumah selama 24 jam.

“Mewakili penduduk, saya berharap projek ini dikekalkan. Pada masa sama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada wakil rakyat dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang meluluskan projek ini,” katanya.

Terdahulu, penduduk kampung berkenaan menerima kunjungan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah yang merasmikan projek berkenaan semalam.

Projek di bawah Kementerian Utiliti Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) itu telah beroperasi sepenuhnya pada Disember 2020.

Bagi tuai rumah, Lawai Abun , 52 , pula, projek di Rumah Lawai di Nanga Baih dilaksanakan secara berbeza kerana menyediakan loji untuk setiap satu rumah bagi menyalurkan bekalan air bersih.

Katanya, perlaksanaan inisiatif berkenaan juga sangat memudahkan urusan harian mereka kerana air bersih dari sungai dapat terus dan dirawat sehingga bersih sebelum digunakan.

Projek SAWAS merupakan usaha Kerajaan Sarawak untuk menyalurkan bekalan air bersih ke kawasan terpencil dan kawasan yang belum menerima bekalan air bersih melalui paip. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan