Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KERIAN, 10 Dis -- Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Willie Mongin memberi ucapan perasmian ketika hadir di majlis Jelajah Agrikomoditi di Dewan Balu Tayung yang terletak 80 km dari bandaraya Kuching hari ini. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin mengesahkan beliau telah membuat permohonan untuk menyertai PBB.

Permohonan Willie Mongin sertai PBB perlu pandangan tiga ADUN – Abdul Karim

LUNDU, 22 Jun : Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mendengar pandangan daripada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di dalam kawasan Parlimen Puncak Borneo sebelum membuat apa-apa ketetapan berhubung permohonan Ahli Parlimen kawasan berkenaan Datuk Willie Mongin untuk menyertai PBB.

Naib Presiden PBB, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pandangan daripada Datuk Roland Sagah Wee Inn (ADUN Tarat), Datuk Dr Jerip Susil (Mambong) dan Miro Simuh (Serembu) akan diambil kira sebelum perkara itu diputuskan.

“Mereka (Majlis Tertinggi) juga perlu berunding dengan pemimpin akar umbi seperti ketua masyarakat kaum Bidayuh di kawasan itu,” katanya kepada media selepas melancarkan pertandingan Miss Tourism International Friendship Pathway di sini hari ini.

Isnin lepas, Willie yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan menjadi ahli parti Bersatu, telah mengesahkan bahawa beliau telah menghantar permohonannya untuk menyertai PBB beberapa bulan lepas, dengan mendakwa bahawa selama ini beliau “secara teknikal” diletakkan dalam parti Bersatu bagi menyokong kerajaan semasa.

Willie memenangi kerusi parlimen Puncak Borneo pada Pilihan Raya Umum ke-14 atas tiket PKR, namun diketepikan oleh parti itu selepas beliau bersama beberapa Ahli Parlimen PKR menarik balik sokongan kepada kerajaan Pakatan Harapan semasa peristiwa “Langkah Sheraton”, sebelum menyertai Bersatu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan