Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.

IDECS 2022 : Tiang pintar 5G bakal dilancar di Sarawak

KUCHING, 22 Jun: Sarawak merancang untuk melancarkan ELAB 01 iaitu tiang pintar 5G pertama di Malaysia.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penggunaan tiang pintar itu kelak akan menjadi sebahagian daripada pembangunan projek bandar pintar.

“Ini juga merupakan usaha meningkatkan infrastruktur rangkaian mudah alih di Sarawak,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.

Sementara itu, Abang Johari turut diberikan taklimat berhubung ELAB 01 yang bakal memudahkan pelancaran 5G di Sarawak oleh Ketua Pegawai Eksekutif Austral Techsmith, Azfar Zubri Safri.

Austral Techsmith Sdn.Bhd ialah syarikat perintis teknologi tiang pintar 5G di Malaysia yang bekerjasama dengan syarikat pembekal infrastruktur telekomunikasi untuk melaksanakan pemasangan tiang pintar ELAB 01 di seluruh negara.

Berdasarkan perkongsian tersebut, tiang pintar ini dilengkapi dengan inovasi penyatuan peralatan serta kelengkapan rangkaian telekomunikasi yang boleh dipasang dengan kapasiti hubungan pelbagai rangkaian 4G, 5G, penghala (router) wifi dan unit bekalan kuasa.

Setakat ini terdapat 72 tiang pintar ELAB 01 didirikan dalam pelancaran 5G di Semenanjung Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan