Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

BKM: Isi rumah B40 terima tambahan RM100, RM50 untuk bujang

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 22 Jun : Perdana Menteri memaklumkan, kerajaan akan memberi bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang.

Jelas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan itu diambil selepas mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan kebelakangan ini.

“Bayaran bantuan tunai tambahan yang dibayar bersekali dengan bayaran Fasa 2 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) melibatkan tambahan RM630 juta,” katanya menerusi pengumuman khas yang disiarkan secara langsung hari ini.

Katanya, bayaran berkenaan akan memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima merangkumi empat juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

“Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 27 Jun 2022 melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM1.74 bilion,”katanya.

Beliau memberitahu, inisiatif berkenaan juga bagi meringankan beban kewangan golongan B40 terutamanya dalam menyambut Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

“Semakan status pembayaran boleh dibuat bermula 27 Jun 2022 melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my. ,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan